Pernahkah kita terfikir mengapa Rasulullah bersungguh-sungguh menyeru kita agar sentiasa berzikir? Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam kalam agungnya,
"Berzikirlah dengan menyebut nama Allah zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."
(Q.S. Al Ahzâb: 41-42)
Dari sehari ke sehari Sains telah berjaya menyelongkar rahsia di sebalik ayat-ayat Al-Quran Al Karim. Bukan saja-saja kita disuruh beribadat. Bukanlah saja-saja kita disuruh berzikir. Bukan juga semata-semata menunaikan ibadat kepada Allah, tapi hakikat sebenarnya ada rahsia agung di sebalik setiap wahyu dariNya.
Wahai mahasiswa mahasiswi bakal jurutera masa hadapan, disamping memerah otak berfikir dan bergelumang dengan subjek-subjek kejuruteraan ketika ini, apalah salahnya jika kita menyumbangkan sedikit masa menggunakan minda anugerah jurutera teragung Tuhan yang Esa ini untuk berfikir tentang keagungan ciptaanNya.Ia juga ibadah. Banyak ayat-ayat Allah yang berupa peringatan agar kita membuka mata, memutar jentera minda dan menyelongkar rahsia kejadian diri dan alam yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim seperti:
"Tidakkah kamu berfikir?", "Tidakkah kamu melihat?", "Tidakkah kamu merenung?"
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar